Sunday, May 19, 2013

Surah QAF



{50}
Qaf 1~45.
Dengan nama Allah, pemurah, penyayang.

1. Qaaf. Perhatikan lah Quran yang mulia.
2. Tetapi mereka hairan lantaran datang kepada mereka seorang pengancam dari antara mereka. Maka berkata orang-orang yang tidak mahu percaya; “ini satu perkata yang anih !”
3. “Apakah kalau kami sudah mati dan jadi tanah (kami akan dibangkitkan) ? yang demikian satu kembalinya yang jauh”.
4. Sesugguhnya kami mengetahui apa-apa yang dimakan oleh bumi dari (badan) mereka, dan disisi kami ada satu kitab yang dipelihara.
5. Bahkan mereka dustakan kebenaran, tetakala (keenaran) itu datang kepada mereka, lantaran itu mereka (berada) dalam keadaan yang membingongkan.
6. Maka tidaklah mahu mereka melihat kelangit yang diatas mereka, bagaimana kami dirikan nya dan kami hiasinya, sedang ia tidak mempunyai belahan-belahan?.
7. Dan bumi itu, kami hamparkan dia, dan kami cukupkan padanya gunung-gunung, dan kami tumbuhkan padanya tiap-tiap macam yang bagus.
8. Sebagai satu pemandangan dan peringatan bagi tiap-tiap hamba yang mahu kembali (kepada Allah).
9. Dan kami turunkan dari langit-langit air yang berbahagia, lalu kami tumbuhkan dengan nya beberapa kebun dan biji-biji yang akan diketam.
10. Dan (kami jadikan) pohon-pohon kurma keadaanya panjang-panjang, ia mempunyai siang yang bertumpuk-tumpuk.

11. Sebagai satu pemberian kepada hamba-hamba (kami) dan kami hidupkan dengan nya tanah yang mati, demikianlah (hal) bangkitan (dari kubur).
12. Sebelum mereka itu, kaum Nuh dan penduduk Rass dan Tasmud telah dustakan (Rasul-Rasul).
13. Dan Aad dan Karum dan saudara-saudara Lut.
14. Dan penduduk Aikah dan kaum Tubba, semuanya telah dustakan Rasul-Rasul, oleh kerananya tepatlah ancaman ku (atas mereka).
15. Maka apakah kami telah lemah lantaran pembikinan yang pertama? tidak !  tetapi mereka dalam keraguan-keraguan tentang pembikinan yang baharu.
16. Dan sesungguhnya kami telah jadikan manusia dan kami mengetahui apa yang dibisik kan oleh hati-hati nya, kerana kami lebih dekat kepada nya daripada urat lehernya.
17. (Ingatlah) tetakala dua malaikat penerima amal mencatit (dengan) duduk dikanan dan dikiri.
18. Tidak satu pun omongan yang ia ucapkan, melainkan disisinya ada penjaga yang tersedia.
19. Dan akan datang sakaratul maut dengan (menunjukkan) kebenaran, iaitu yang pernah engaku berpaling daripadanya.
20. Dan (akan) ditiup disengkala, itulah hari yang diancamkan.

21. Dan tiap-tiap jiwa akan datang, sedang bersamanya ada seorang pengiring dan seorang saksi.
22. “Sesungguhnya adalah engkau dalam kelalaian tentang ini, maka kami bukakan dari mu tutupan mu, lantaran itu, penglihatan mu pada hari ini tajam”.
23. Dan berkata peneman nya; “inilah dia apa yang disisi ku dihadirkan”.
24. “Campak kan lah kedalam neraka tiap-tiap orang  yang tidak mengenang budi, yang menolak kebenaran”.
25. “Yang demikian kebanyakan, yang melewati batas, yang ragu-ragu”.
26. “Yang menyekutukan tuhan lain kepada Allah, oleh kerana itu campakkan lah dia kedalam azab yang sangat”.
27. Teman nya berkata; “hai Tuhan kami ! aku tidak sesatkan dia tetapi ialah ia (sendiri) didalam kesesatan yang jauh”.
28. Ia berfirman; “janganlah kamu berbantahan disisiku, kerana sesungguhnya aku telah beri lebih dahulu ancaman kepada kamu”.
29. “Tidak akan diubah janji itu disisi ku, kerana bukanlah aku penganyanyai terhadap hamba-hamba (ku).
30. (Ingatlah) hari yang kami akan bertanya kepada jahanam; “sudahkah engkau  penuh?” dan ia akan menjawab; “apakah ada tambahan?”.

31. Dan didekatkan syurga itu bagi orang-orang yang berbakti, tidak jauh.
32. “Inilah apa yang dijanjikan untuk kamu untuk tiap-tiap orang yang bertaubat yang menjaga (batas-batas)”.
33. (Iaitu) orang yagn dikota, kepada (Tuhan) pemurah didalam keadaan tersembunyi  dan menghadap dengan hati yang bertaubat.
34. “Masuklah kedalam (syurga) itu dengan selamat, itulah hari kekalan”.
35. Bagi mereka ada padanya apa yang mereka kehendaki, tetapi disisi kami ada tambahan (lagi).
36. Dan beberapa banyak kaum yang kami telah binasakan sebelum mereka ini yang mereka itu lebih kuat daripada mereka ini, sehingga mereka itu mengelilingi negeri-negeri, adakah (bagi mereka ini) tempat pelarian ?
37. Sesungguhnya ditentang itu ada peringatan bagi pendengaran (nya) sedang ia memerhatikan.
38. Dan sesungguhnya kami telah jadikan langit-langit dan  bumi dan apa-apa yang ada diantara kedua-dua nya dalam enam masa, tetapi tidak menyentuh kami sedikit pun kelelahan.
39. Oleh kerana itu hendaklah engkau bersabar atas apa-apa yang mereka katakan, dan beribadatlah dengan memuji Tuhan mu sebelum terbit matahari dan sebelum terbebnam(nya).
40. Dan berbaktilah kepada nya (dalam) sebahagian dari malam dan diakir-akhir sembahayang.

41. Dan dengarkan lah (pangilan) pada hari penyeru itu menyeru dari tempat yand dekat.
42. (Iaitu) hari yang mereka akan dengar teriakan itu dengan yakin, itulah hari keluaran (dari kubur).
43. Sesungguhnya kamilah yang meghidupkan dan mematikan, dan kepada kamilah tempat kembali.
44. (Iaitu) hari yang akan terbelah bumi buat mereka (keluar) dalam keadaan terburu-buru, yang demikian itu satu pengumpulan yang mudah atas kami.
45. Kami lebih mengetahui apa-apa yang mereka katakan, dan bukanlah engkau pemaksa yang berkuasa atas mereka, oleh itu, ingatlah dengan Quran siapa-siapa yang takut kepada ancaman ku. 

[Ulasan][Penutup][Previous][Next] 

No comments:

Post a Comment